William Hill ulasan

4.9 / 5

100% hingga 300 $ Bonus deposit pertama

William Hill ulasan

Pros

Cons

William Hill ulasan info

Name William Hill ulasan
Website URL williamhill.com
Established 2000
Minimum Deposit 10$

William Hill merupakan salah satu dari pengumpul taruhan yang berpusat di United Kingdom. Sejarah William Hill bermula sejak dari 1934 lagi di United Kingdom, ketika kegiatan pertaruhan masih lagi dilihat sebagai melanggar undang-undang dan pada ketika ini, kegiatan mengumpul taruhan hanya dilakukan secara kecil-kecilan manakala fokus mereka lebih diberikan kepada kegiatan-kegiatan lain selain pertaruhan. Kini, syarikat William Hill menggajikan lebih 16,500 pekerja di beberapa cawangan di serata Republik Ireland, Gibraltar serta United Kingdom. William Hill juga merupakan salah satu dari koperasi yang pertama menjejakkan kaki ke dalam bisnes kasino dalam talian. Selain taruhan sukan, yang menjadi langkah pertama mereka ked lam dunia pertaruhan lama dahulu, mereka turut menawarkan permainan kasino dalam talian seperti poker, “blackjack”, bingo dan banyak lagi. Memandangkan William Hill berpusat di United Kingdom, adalah wajar fokus utama mereka ditujukan kepada pengguna-pengguna mereka dari United Kingdom. Akan tetapi, laman ini turut menawarkan servis serta bonus yang hebat juga bagi pemain-pemain mereka dari serata dunia.

Permainan Kasino Dalam Talian

Seperti yang telah dikatakan tadi, William Hill merupakan salah satu pengumpul taruhan  yang terkemuka dan jenis permainan kasino dalam talian yang mereka tawarkan merupakan daya penarik laman kasino ini, terutamanya di antara peminat-peminat tegar permainan kasino dalam talian klasik. William Hill mempunyai lebih 200 permainan kasino dalam pangkalan datanya. Selain permainan kasino klasik seperti permainan slot dan permainan kad, pemain dapat memilih dari pelbagai jenis serta versi-versi menarik permainan-permainan ini.

Laman kasino dalam talian ini mempunyai pelbagai jenis permainan slot seperti Age of the Gods dan Plenty O’Fortune hinggalah ke Hot Gems dan Crazy 7. Dari permainan “3-reel” hinggalah ke permainan “5-reel”, semuanya ditawarkan dan apa yang paling menarik ialah senarai permainan yang ditawarkan akan berubah setiap bulan dengan kedatangan versi-versi atau konsep-konsep baru, terutamanya bagi permainan slot. Bagi permainan meja taruhan, peminat “roulette” akan pastinya jatuh hati dengan laman ini kerana terdapat hampir 10 versi permainan “roulette” yang mengujakan lagi menarik. Peminat-peminat taruhan kad juga diambil kira dengan pelbagai jenis permainan “blackjack”yang ditawarkan seperti  Blackjack Pontoon, Progressive Blackjack, dan Blackjack Switch dan juga permainan kad biasa seperti Baccarat dan Texas Hold ‘em Poker.

Keistimewaan laman ini adalah laman William Hill Poker yang dikhususkan untuk permainan poker. Di sini anda akan dapat melihat pelbagai ruangan permainan poker, bonus dan promosi dan peluang melibatkan diri dalam siri-siri kejohanan poker. Anda boleh menggunakan jumlah wang yang sedia ada di laman utama untuk bertaruh di laman William Hill Poker. Terdapat juga ruangan khas di mana fokus utama diberi kepada permainan Macau, Bingo, Scratchcards, Vegas serta ruangan kasino secara langsung bagi mereka yang lebih gemarkan cabaran taruhan secara langsung terus dari ruang tamu mereka.

Bonus Kasino William Hill

Salah satu ciri yang menonjol di laman ini adalah bonus-bonus lumayan yang ditawarkan . Dalam bahagian ini, kita akan melihat kepada jenis-jenis bonus yang ditawarkan di sini. Pada kebiasaanya, bonus-bonus ini akan berubah dari masa ke semaasa dan anda perlulah mengikuti perkembangan dan promosi-promosi baru melalui laman mereka serta emel promosi yang akan mereka hantar kepada anda.

Bonus Deposit Pertama – Bonus ini menawarkan gandaan sebanyak 100% (sehingga 300 paun sterling) bagi setiap pemain baru semasa mendeposit buat kali pertama. Bonus ini melibatkan taruhan 30x berdasarkan jumlah taruhan asal pemain.

Bonus Harian – Pemain boleh mengeluarkan 20 paun sterling dan bermain dengan hanya 30 paun sterling setiap hari. Peraturannya sama seperti Bonus Deposit Pertama.

Bonus Muat Turun – Sesetengah dari permainan yang ditawarkan di laman ini adalah dalam versi mudah alih yang memerlukan perisian tambahan untuk berjalan dengan lancar. Apabila anda memuat turun perisian Playtech mereka buat pertama kali, anda akan menerima bonus sebanyak 150% (sehingga lebih 200 paun sterling) dan minimum belian ditetapkan pada 10 paun sterling. Bonus ini turut mempunyai klausa 30x dari taruhan asal.

Mata Ganjaran – Seperti program ganjaran kesetiaan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat lain, syarikat William Hill turut menawarkan program kesetiaan bagi pengguna-pengguna mereka. Program ini dibuka kepada semua pemain di laman ini, tidak kira yang baru ataupun yang sudah lama setia bersama William Hill. Setiap 10 paun sterling yang ditaruhkan akan layak untuk menerima 1 mata ganjaran dan 100 mata ganjaran boleh digunakan untuk ditukarkan kepada 1 paun sterling.

Bonus dan Promosi Kasino Dalam Talian – Ruangan kasino secara langsung di William Hill turut menawarkan bonus dan promosi yang menarik seperti bonus selamat datang sebanyak 100 paun sterling, hadiah mingguan “roulette” sebanyak 10,000 paun sterling dan banyak lagi.

Khidmat Pelanggan

Taraf khidmat pelanggan sesebuah kasino akan menunjukkan tahap profesionalisme mereka dalam berurusan dengan pelanggan mereka. Khidmat pelanggan William Hill sangat menonjol dan servis mereka amatlah efisien. Pemain diberi beberapa pilihan saluran khidmat pelanggan seperti emel, telefon, chat secara langsung dan banyak lagi. Saranan kami adalah untuk menggunapakai ciri chat secara langsung bagi mendapatkan jawapan yang tepat dalam masa yang singkat bagi pertanyaan anda.

Khidmat Pembayaran

Semasa meninjau pilihan yang laman kasino dalam talian yang ada, ciri pembayaran mereka adalah salah satu ciri yang harus diteliti. Di laman William Hill, terdapat beberapa jenis cara pembayaran, pendepositan dan pengeluaran wang seperti pengunaan kad kredit atau debit, baucar, ciri-ciri “e-wallet” dan pelbagai lagi. Ciri “e-wallet” mereka merupakan cara pembayaran yang terpantas dan paling efisien.

Permainan Kasino Mudah Alih

Seperti kebanyakan kasino atas talian, William Hill turut melayari arus kemajuan mudah alih ini. Mereka yang mempunyai gajet mudah alih boleh memuat turun versi permainan mobil mudah alih pada gajet mereka dan bermain pada bila-bila masa dari mana jua. Pelbagai pilihan ditawarkan di sini dan permainan-permainan ini direka khas untuk sistem Android dan iOS dengan sokongan Playtech Software.

Kesimpulan

William Hill merupakan contoh syarikat yang sentiasa berkembang mengikut peredaran masa dan arus kemajuan teknologi. Permulaan mereka sebagai penerima taruhan sukan telah membawa mereka ke arah kemajuan teknologi di mana mereka kini merupakan salah satu syarikat yang ternama dalam dunia kasino atas talian. Pangkalan data mereka mempunyai pelbagai pilihan permainan kasino dari pilihan-pilihan klasik sehinggalah kepada yang baru dan terkini. Senarai ini akan sentiasa dikemaskini . Bonus yang ditawarkan juga amatlah lumayan dan secara keseluruhannya merupakan laman kasino yang perlu dicuba. Akan tetapi, laman ini hanya boleh diakses dari bilangan negara yang terhad sahaja.