Casino-On-Net ulasan

/ 5

Casino-On-Net ulasan

Pros

Cons

Casino-On-Net ulasan info

Name Casino-On-Net ulasan
Website URL www.casino-on-net.com
Established 1997
Minimum Deposit 10$

Mereka yang sudah lama berkecimpung dalam bidang kasino dalam talian sudah pastinya kenal akan laman ini. Ini kerana laman ini sangat masyhur dan sudahpun menjadi sebahagian daripada atmosfera taruhan kasino dalam talian di serata dunia. Sejarah mereka bermula sejak dari 1997 lagi apabila mereka hanya mempunyai sebilangan kecil permainan kasino dalam talian pada laman mereka. Kini, mereka adalah kasino atas talian yang termoden dengan lebih satu juta pengguna berdaftar pada laman mereka . Walaupun adalah fakta yang diketahui ramai bahawa kasino atas talian ini berpusat di United Kingdom, Casino-On-Net sebenarnya merupakan kasino berdaftar dan diiktiraf di Gibraltar, sebahagian dari Kepulauan British di bawah peraturan dan regulasi taruhan British. Casino-On-Net menjanjikan sekuriti taruhan yang terkini, khidmat pelanggan yang mesra, bonus dan promosi menarik serta senarai permainan kasino dalam talian yang luas dan mengujakan. Kesemua ciri-ciri ini dikemaskini dan diperbaiki mutunya dari masa ke semasa. Anda akan mendapat pengalaman taruhan yang berkualiti dengan laman Casino-On-Net.

Permainan Kasino Atas Talian

Lebih ramai pengguna yang lebih cenderung ke arah taruhan di kasino dalam talian berbanding dengan kasino biasa. Ini kerana terdapat pelbagai kelebihan apabila bertaruh secara dalam talian contohnya bilangan permainan yang tidak bersempadan di kasino-kasino atas talian. Casino-On-Net mempunyai lebih 170 permainan kasino dalam talian dan pengguna-pengguna mereka boleh bertaruh dengan wang sebenar ataupun bermain untuk suka-suka sahaja.

Sebaik sahaja anda membuka laman rasmi Casino-On-Net, anda akan melihat ruangan khas yang dikhususkan untuk permainan slot. Mereka mempunyai pelbagai versi permainan slot dari slot moden bervideo seperti Bejeweled Slot, Marvel Slots, Cubis Slot, Super Thundering 888 dan Millionaire Genie di samping slot-slot klasik seperti Freaky Fruit Slots, Storm the Castle, Lucky 7s, dan Sphinx Hijinx. Bagi pemain-pemain yang lebih arif tentang selok-belok permainan slot kasino dalam talian, ada disediakan pilihan permainan slot gandaan dan “jackpot” besar-besaran.

Jika anda lebih gemarkan permainan kad dan permainan meja taruhan, anda tidak akan dikecewakan. Setiap permainan yang ditawarkan di laman ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan perisian yang terkini dan teknologi terbaru. Casino-On-Net merupakan anak syarikat kepada 888 Holdings, sebuah syarikat yang ternama dan masyhur terutamanya dalam bidang kasino dalam talian. Casino-On-Net memberikan anda peluang untuk menajamkan lagi kemahiran anda serta mencipta suasana permainan seakan-akan sebenar dan mengujakan. Cara terbaik untuk mengasah bakat anda adalah untuk bermula dengan mana-mana permainan “blackjack” yang disenaraikan pada laman ini. Dan sudah pastinya, terdapat pelbagai lagi jenis permainan yang ditawarkan sepertimana yang lazim di kasino-kasino atas talian contohnya seperti “roulette” dalam talian, “baccarat”, poker dan macam-macam lagi. Jangan lupa juga mengikuti ruangan kasino secara langsung mereka ynang menawarkan permainan klasik kesukaan ramai, iaitu “blackjack” dan “roulette”, bagi merasakan suasana permainan kasino yang autentik dan seakan-akan seperti kasino sebenar.

Bonus Casino-On-Net

Mudah sahaja jika anda ingin mencari tahu jika laman kasino dalam talian pilihan anda berkredibiliti tinggi dan mengambil berat tentang pengalaman pengguna-pengguna mereka. Caranya adalah dengan hanya melihat kepada bilangan dan kualiti bonus dan promosi yang mereka tawarkan. Sebagaimana yang anda tahu, Casino-On-Net adalah sebahagian daripada syarikat terkemuka 888 Holdings dan anda boleh mengharapkan bonus dan promosi hebat dari mereka.

Bonus Selamat Datang – Walaupun laman ini hanya menawarkan satu promosi bagi pemain-pemain baru, bonus yang ditawarkan ini adalah sangat lumayan. Secara ringkasnya, setiap pemain baru mempunyai peluang untuk menggandakan deposit pertama mereka sehingga 100% yang akan membawa pulangan sehingga 300 paun sterling.

Bonus Kasino Secara Langsung bagi “Blackjack” – Setiap hari, kasino ini akan mencampurkan 12 kad bonus ke dalam dek-dek 888xtra mereka. Kad-kad bonus ini membawa nilai sebanyak 100 paun, 75 paun, 50 paun dan 25 paun sterling.

Bonus “Sunday Funday” – Setiap hari Ahad, bonus sebanyak 500 paun, 50 paun dan 25 paun sterling ditawarkan kepada pemain-pemain Casino-On-Net bagi permainan tanpa taruhan wang sebenar. Bonus ini kekal aktif dari 00:01 hingga 23:59 GMT setiap hari Ahad.

Sistem Mata Ganjaran – Sistem mata ganjaran merupakan sistem pengumpulan mata yang digunapakai meluas dalam mana-mana kasino dalam talian di serata dunia. Ini merupakan satu cara pihak kasino dalam talian menunjukkan rasa berterima kasih mereka kepada pengguna-pengguna setia di laman mereka. Anda cuma perlu terus bermain bagi mengumpul mata ganjaran ini.  Bagi setiap 10 paun sterling yang ditaruhkan, anda akan menerima mata ganjaran sebanyak 1.5 mata dan 150 mata yang dikumpulkan boleh ditukarkan dengan nilai 1 paun sterling.

Khidmat Pelanggan

Laman kasino dalam talian yang baik akan menyediakan kemudahan khidmat pelanggan yang sempurna untuk para pengguna mereka. Jika anda mendaftarkan diri sebagai ahli di laman ini, anda akan mendapatkan servis khidmat pelanggan yang terbaik dan sentiasa sedia untuk membantu anda. Kru khidmat pelanggan Casino-On-Net bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu bagi memastikan yang anda hanya mendapatkan layanan yang sempurna serta pengalaman yang manis bertaruh di laman Casino-On-Net. Anda bolah menghubungi mereka melalui talian fax, emel, chat secara langsung dan juga melalui telefon dan pertanyaan and aakan dijawab dalam masa beberapa jam.

Lawang Pembayaran

Casino-On-Net menawarkan pelbagai portal pembayaran yang memudahkan pengguna-pengguna mereka melakukan apa-apa jenis transaksi pada laman mereka. Antaranya adalah menggunakan kad-kad debit atau kredit dari serata dunia dengan MasterCard ataupun VISA sehinggalah ke kad-kad kredit dan debit tempatan United Kingdom. Laman ini turut menerima transaksi melalui portal pembayaran seperti EntroPay card, PayPal, Bank Transfer, Neteller, iDebit, WebMoney, Boleto, Postepay, Payr, Nordea, Instadebit, Multibanco, paysafecard, iCheque, yandex.Money dan sebagainya. Transaksi melalui portal-portal pembayaran ini sangat pantas dan cekap.

Permainan Kasino Mudah Alih

Setaraf dengan kedudukan Casino-On-Net sebagai salah satu laman kasino atas talian yang terkemuka, ia telahpun melancarkan sistem taruhan melalui aplikasi mudah alih bagi pengguna-pengguna mereka . Aplikasi mudah alih mereka sesuai dengan sistem-sistem Android dan juga iOS. Tidak kira apa jenis gajet yang anda gunakan, baik telefon pintar, tablet atau apa sahaja, anda akan menikmati pengalaman kasino mudah alih terbaik. Aplikasi mudah alih yang mereka tawarkan mempunyai setiap satu daripada permainan kasino atas talian yang ada dalam versi dalam talian mereka.

Kesimpulan

Casino-On-Net merupakan laman kasino dalam talian yang canggih dan menawarkan pilihan permainan yang mantap . Ini turut mempunyai ciri-ciri moden seperti yang terdapat di laman-laman kasino lain serta lebih lagi. Antara ciri-cirinya yang menonjol adalah enkripsi RSA yang digunapakai dalam penyaluran data melalui laman Casino-On-Net, pengiktirafan e-Cogra, khidmat pelanggan yang berkualiti tinggi serta pelbagai lagi ciri untuk memantapkan pengalaman bertaruh para pengguna mereka. Bonus dan promosi yang ditawarkan sentiasa dikemaskinikhas buat pengguna-pengguna setia mereka.