888Casino ulasan

5 / 5

Dapatkan sehingga $ 200 Bonus Selamat Datang

888Casino ulasan

Pros

Cons

888Casino ulasan info

Name 888Casino ulasan
Established 1996

Kemajuan teknologi maklumat pada masa kini sedang bekembang dengan pesatnya dan membolehkan maklumat disebarkan pada kelajuan cahaya. Bukan sahaja maklumat malah permainan kasino turut sama melayari arus kemajuan teknologi masa kini. Permainan-permainan yang dahulunya hanya dimainkan di kasino sebenar tetapi kini dapat diakses di hujung jari melalui telefon mudah alih serta gajet-gajet futuristik masa kini dari mana-mana pelosok dunia. Walaupun teknologi berupaya membawa pengalaman kasino terus kepada anda dengan beberapa klik sahaja, ia masih tidak dapat menandingi pengalaman di kasino sebenar dan tidak dapat menawarkan pilihan permainan yang pelbagai. Bagi mereka yang arif dalam bidang kasino dalam talian, mereka akan meninjau pilihan laman kasino yang ada di seluruh Internet dan melakukan analisa penuh tentang bonus dan promosi yang ditawarkan dan jumlah bayaran sebelum mula bermain.

Dalam artikel ini, kita akan menganalisa tawaran yang ada di laman 888casino. Ini adalah salah satu kasino dalam talian yang tertua dan merupakan salah satu daripada kasino dalam talian yang pertama muncul di laman Internet. Pelbagai jenis variasi permainan yang ditawarkan di 888casino dihasilkan sendiri oleh pasukan pemaju perisian 888casino. Setiap permainan kasino yang terdapat di 888casino sangat menyeronokkan, menarik serta menjanjikan bayaran yang tinggi dan dijamin selamat. Dalam bahagian yang berikut, kita akan melihat beberapa jenis permainan yang ada di laman 888casino.

Slot

Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke dalam kasino, akan anda lihat sederet mesin slot, berkilauan dalam cahaya dengan ramai yang menunggu giliran untuk mencuba nasib. Begitu juga di 888casino. Mereka mengutamakan permainan slot dan banyak memberikan perhatian kepada penghasilan permainan slot mereka untuk memastikan setiap satu daripadanya bermutu tinggi dan memberi kepuasan kepada pengguna laman mereka. Mereka mempunyai 51 versi permainan slot dan kebanyakannya menawarkan bayaran “jackpot” gandaan. Antara permainan slot yang tinggi bayarannya adalah Santa’s Super Slot, Irish Riches, Millionaire Genie, Pirates Millions and Rise of the Pharaohs. Permainan-permainan ini mempunyai bayaran “jackpot” melebihi 1.5 juta paun sterling. Gods of Gold, Treasure Fair, The Big Lebowski dan Saved by the Bells juga menawarkan hadiah-hadiah yang lumayan.

Pemain-pemain yang lebih cenderung bertaruh secara kecil-kecilan boleh mencuba nasib dalam permainan slot klasik dan permainan-permainan seperti ini banyak terdapat di laman 888casino, contohnya Starbust, Twin Spin, The Glorious 50s, Clash of the Titans, Party Pigs and Freaky Fruit. Dari slot moden hinggalah ke slot retro dan klasik, 888casino menyediakan pelbagai jenis slot yang menarik. Dari versi  “2 reel” hinggalah “5 reel”, rambang mata kami memilih dari slot-slot “jackpot”, video, klasik dan pelbagai lagi.

Meja Taruhan

Sehingga kini, permainan-permainan meja taruhan masih menjadi pilihan utama peminat tegar kasino. 888casino lebih bertumpu kepada permainan meja taruhan yang paling diminati ramai iaitu “roulette”. Dari versi Eropah, versi Perancis hinggalah ke versi Amerika, versi taruhan kecilan dan versi “Roulette 3D”, anda akan dapat menikmati pelbagai jenis permainan slot.

Permainan Kad

Dalam permainan kad pula, 888casino lebih cenderung ke arah promosi dalam permainan “blackjack” kerana permintaan yang tinggi untuk permainan malar hijau yang pasti menggamit hati ini. Saranan kami adalah untuk mencuba “Multihand Blackjack” dan “Classic Blackjack”

Permainan Kasino Secara Langsung

Jika anda ingin merasakan atmosfera seakan-akan bertaruh di kasino yang sebenar dari keselesaan rumah sendiri, anda perlu mencuba ruangan permainan kasino secara langsung 888casino. Di sini, anda akan dapat bertaruh dengan pemain-pemain lain serta akan mempunyai “dealer” yang sebenar di meja virtual anda bagi menghasilkan pengalaman bertaruh yang realistik. Para “dealer” yang cantik lagi ayu dari 888casino akan membuatkan anda rasa seperti berada di meja taruhan sebenar dan anda boleh menikmati semua ini tanpa perlu bergerak ke mana-mana dan pada bila-bila masa yang anda mahukan. Permainan kasino secara langsung sering menjadi tumpuan para pemain dari setiap peringkat kemahiran. Para “dealer” di ruangan ini juga sangatlah profesional dan sentiasa bersedia menjawab sebarang pertanyaan yang anda ada tentang ruangan ini ataupun servis-servis lain yang ditawarkan 888casino.

Terdapat tujuh jenis permainan kasino secara langsung di 888casino dan setiap satu daripadanya akan menyediakan beberapa ruang meja taruhan virtual pada satu-satu masa. Anda tidak akan perlu menunggu lama untuk giliran anda. Saranan kami adalah untuk mencuba kesemua permainan secara langsung di laman 888casino kerana setiap satunya mempunyai keunikan dan tarikannya sendiri contohnya Live Baccarat, Live Caribbean Stud Poker, Live Blackjack, Live Three Card Poker, Live Roulette, Live Ultimate Texas Hold’em and Live Casino Hold’em.

Bonus dan Promosi

Seperti yang dijangkakan, 888casino, selari dengan gelarannya sebagai salah satu kasino dalam talian terhebat di United Kingdom serta di serata dunia, menawarkan pilihan bonus dan promosi buat pemain-pemain baru mereka serta pemain-pemain setia mereka. Bonus-bonus yang hebat serta promosi menarik inilah yang menjadikan 888casino pilihan utama para pemain kasino atas talian dunia sejak lebih tiga puluh tahun.

Setiap pemain baru akan diberi akses kepada dua jenis bonus. Bonus pertama adalah Bonus Selamat Datang yang akan membantu meningkatkan deposit pertama anda sebanyak hampir 100% kepada 140 paun sterling. Bonus yang kedua adalah pakej Bonus Selamat Datang Premium yang memberi pemain-pemain baru sehingga hampir 1500 paun sterling dalam lima deposit pertama.

Terdapat juga bonus harian “Daily Deals” bagi setiap hari dalam seminggu. Bonus “Daily Deals” akan berubah setiap hari. Ruangan kasino secara langsung turut menawarkan bonus tersendiri bagi mereka yang gemarkan cabarandan saingan sengit. Bonus yang terakhir adalah bonus “Comp Point Loyalty Program”yang direka khas buat pemain-pemain sedia ada dan setia bersama 888casino. Anda hanya perlu terus bermain untuk mendapatkan mata bonus ini yang boleh ditukarkan dengan wang sebenar.

Ulasan Terakhir

888casino adalah laman kasino online yang menawarkan pilihan permainan kasino yang terbesar dan pelbagai serta merupakan kasino yang mantap dari segi bonus serta kualiti permainan yang ditawarkan. Sebahagian besar dari permainan-permainan ini dihasilkan oleh pemaju perisian mereka sendiri. Kasino secara langsung merupakan ruang yang sesuai untuk mereka yang masih baru lagi dalam dunia kasino atas talian.