Kasino Yang Disyorkan

Ulasan Empire777 Casino

Bonus Selamat Datang 100% Sehingga MYR377 Tuntut Bonus

Panduan Untuk Permainan Poker

Poker adalah salah satu permainan yang boleh didapati di semua kasino dalam talian. Tidak kira ke mana anda pergi, sudah tentu anda akan menjumpai permainan poker dimainkan dalam bentuk video dan live.  Poker sentiasa menarik remain pemain dari pelbagai latar belakang. Pengalaman bermain poker antara yang paling mengasyikkan dan menyeronokkan. 

Ini kerana Poker merupakan permainan yang memerlukan daya permikiran yang tinggi. Ianya tidak bergantung kepada nasib semata-mata, seperti banyak permainan kasino meja lain. Ciri inilah yang menjadikan poker berasa berbeza dengan permainan meja kasino yang lain. Poker memerlukan kemahiran pemikiran dan memerlukan pemain mempunyai sedikit kebolehan untuk berlakon juga. 

Poker kekal menjadi permainan yang menarik ramai pemain dari pelbagai latar belakang, kerana sifatnya yang menyeronokkan dan mendebarkan. 

Kasino dalam talian terbaik untuk bermain Poker 2024

PeringkatCasinoBonusPenilaianLawati
1 20BET Casino logo Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM588 + 120 Putaran Percuma Tuntut BonusUlasan 20Bet Casino
2 22BET logo Bonus 100% sehingga RM1500 + 22 markah pertaruhan Tuntut BonusUlasan 22Bet Casino
3 dafabet casino Bonus 100% Sehingga RM600 Tuntut BonusUlasan Dafabet Casino
4 Empire777 Casino Bonus Selamat Datang 100% Sehingga MYR377 Tuntut BonusUlasan Empire777 Casino
5 BK8 Casino logo Bonus Selamat Datang 288% Sehingga RM2,880 Tuntut BonusUlasan BK8 Casino
6 logo K9win Bonus Selamat Datang 100% Tuntut BonusUlasan Kasino K9Win
7 maxim88 logo Bonus Selamat Datang 288% sehingga RM288 Tuntut BonusUlasan Kasino Maxim88
8 96M Casino logo Bonus Selamat Datang 288% sehingga RM2880 Tuntut BonusUlasan Kasino 96M
9 boda8 casino logo Bonus Selamat Datang 150% Tuntut BonusUlasan boda8 Kasino
10 me88 casino logo 288% Selamat Datang Jackpot Bonus sehingga MYR2,880 Tuntut BonusUlasan Kasino me88

Latar Belakang dan Sejarah Poker

Sejarah permainan poker meliputi banyak negara dan budaya di dunia. Terdapat beberapa versi permainan poker di dunia pada masa kini, dengan peraturan  yang berbeza, seperti bagaimana kad diedarkan kepada pemain. Tujuan utama permainan Poker adalah sama untuk semua versi permainan ini, iaitu untuk mendapatkan kombinasi kad (dikenali sebagai hand atau tangan) dengan nilai yang tertinggi. 

Sekitar abad ke-17, versi permainan daun terup yang paling dekat dengan Poker hari ini mula menjadi popular di Eropah. Di Perancis ianya dikenali dengan nama Poque dan di Jerman, ia dipanggil Pochen. 

Poque kemudiannya dibawa ke Amerika oleh penjajah dari Perancis dan mula dimainkan di kawasan jajahan mereka iaitu New Orleans. Dari sini, Poque tersebar ke kawasan sekitarnya. Setelah New Orleans menjadi sebahagian daripada Amerika syarikat pada 1801, permainan ini mula menjadi popular di kalangan penutur Bahasa Inggeris di Amerika, terutamanya kru kapal stim di sungai Missisipi, yang memanggilnya Poker.

Poker menjadi permainan kad yang menjadi penghibur utama di salon-salon Wild Wild West juga. Pada perang dunia pertama, askar Amerika sering bermain Poker dan membawanya balik ke Eropah. Poker moden mula dimainkan di Las Vegas pada 1960an, dan menjadi terkenal melalui pertandingan World Series of Poker.

Sejarah Poker

Istilah-Istilah Poker Utama

Seperti permainan kasino yang lain, poker juga mempunyai satu set istilahnya sendiri. Istilah-istilah ini digunakan untuk menggambarkan pergerakan, keputusan dan individu tertentu dalam permainan tersebut. Inilah antara istilah utama Poker:

Ante – Pertaruhan kecil yang perlu dibuat oleh penjudi sebelum permulaan sebuah pusingan poker.
All-in– Merupakan keputusan penjudi untuk mempertaruhkan kesemua cip yang dia ada.
Call– Mempertaruhkan jumlah wang yang sama dengan pemain sebelumnya, iaitu jumlah minima.
Blind – Pertaruhan yang dibuat oleh penjudi pertama selepas dealer dalam poker Texas Hold’em.
Bluff– Menaikkan jumlah pertaruhan untuk member gambaran bahawa anda mempunyai hand yang baik.
Check– Membuat keputusan untuk tidak mempertaruhkan apa-apa untuk pusingan kini.
Dealer– Pemain yang bertanggungjawab mengocok dan mengedarkan kad.
Draw – Apabila pemain memerlukan kad tambahan untuk menang.
Fold – Keputusan untuk menyerahkan hand dan tidak bermain dalam pusingan tersebut, termasuk menyerahkan semua cip yang telah diletakkan dalam pot.
Pot – Jumlah wang pertaruhan semua pemain dalam pusingan poker.
Raise– Membuat pertaruhan yang lebih tinggi daripada pemain sebelumnya.

22BET logo Bonus 100% sehingga RM1500 + 22 markah pertaruhan Tuntut Bonus
PeringkatCasinoBonusPenilaianLawati
1 22BET logo Bonus 100% sehingga RM1500 + 22 markah pertaruhan Tuntut BonusUlasan 22Bet Casino

Apakah Poker Hand atau Tangan Poker?

Dalam permainan poker, semua pemain perlu mendapatkan kombinasi 5 kad yang terbaik untuk menang. Dek daun terup biasa dengan 52 kad digunakan. Kad ace mempunyai nilai tertinggi, diikuti dengan King, Queen dan Jack. Kad bergambar dituruti oleh kad-kad bernombor dari 10 hingga dua dalam susunan niainya dari tinggi ke rendah.

Daun terup mempunyai empat jenis simbol, yang dipanggil bunga dalam bahasa Melayu. Empat bunga kad adalah sped (Spade), lekuk (Heart), daiman (Diamond) dan kelawar (Clubs).  Dalam poker, kombinasi 5 kad yang pemain ada dipaggil ‘Poker Hand’ ataupun tangan poker. 

Inilah tangan poker dari nilai tertinggi hingga terendah:

  1. Royal Flush – Kad Ace, King, Queen, Jack dan 10 dengan bunga yang sama.
  2. Straight Flush – Lima kad dalam mana-mana turutan yang menurun, dengan bunga yang sama.
  3. Four of a Kind – Empat daripada lima kad dengan nilai kad yang sama, tapi bunga berbeza.
  4. Full house – Tiga kad dengan nilai yang sama dan bunga berbeza, serta satu pasangan kad dengan nilai yang sama.
  5. Flush – Mana-mana lima kad dengan bunga yang sama
  6. Straight – Lima kad dengan nilai berturutan, tapi bunga yang berbeza
  7. Three of a kind – Tiga kad dengan nilai yang sama tapi bunga berbeza
  8. Two pairs – Dua pasangan kad dengan nilai yang sama, contohnya 10 sped, 10 lekuk dan 2 sped, 2 daiman.
  9. Pair – Satu pasangan kad dengan nilai yang sama
  10. High card – Dalam keadaan di mana tiada kombinasi di atas, kad paling tinggi nilainya akan menjadi ‘Hand’ anda.
Tangan Poker

Tatacara Permainan Poker

Beberapa orang bermain poker di meja yang sama, minimum dua maksimum sepuluh. Mereka dimainkan dengan dek 52 kad standard. Matlamat permainan ini adalah untuk memenangkan pot, untuk melakukannya anda perlu mengumpulkan tangan poker yang lebih baik daripada orang lain di meja atau memaksa pemain lain untuk Fold.

Peraturan asas untuk bermain Poker adalah sama, iaitu semua pemain diberi lima ( atau tujuh kad dalam sesetengah versi). Kad diedarkan oleh dealer, atau button. Sistem pengedaran kad adalah berbeza mengikut versi poker yang dimainkan. 

Setelah kad diedarkan, biasanya pemain mengambil giliran untuk membuat pertaruhan. Di peringkat ini, istilah seperti Call, Fold dan Raise digunakan. Pemain juga boleh Check dan tidak melibatkan diri dalam sesuatu pusingan. 

Sekiranya anda mendapat pegangan Poker yang kuat, anda boleh Raise taruhan atau Check untuk menunggu dan melihat apa yang akan dilakukan oleh pemain lain, bergantung kepadanya anda boleh memutuskan apa yang harus dilakukan seterusnya. tetapi jika anda melihat bahawa tangan poker anda sangat lemah, lebih baik Fold dan tunggu kesepakatan yang lebih baik, tidak bijak mengambil risiko dengan tangan poker yang lemah terutama ketika anda seorang pemula.

Peringkat akhir dikenali sebagai Showdown, di mana semua pemain mendedahkan kad mereka. Pemain dengan nilai kad yang tertinggi akan memenangi semua wang yang dipertaruhkan dalam pot. 

megapari logo Bonus Selamat Datang 100% Sehingga RM500 Tuntut Bonus
PeringkatCasinoBonusPenilaianLawati
1 megapari logo Bonus Selamat Datang 100% Sehingga RM500 Tuntut BonusUlasan Kasino Megapari

Variasai Poker Yang Paling Popular

Oleh kerana poker dimainkan di merata tempat dan mempunyai sejarah yang agak lama, pelbagai variasi permainan ini timbul. Konsep asasnya sama, iaitu pemain kad diedarkan, pemain bertaruh dan tangan poker yang paling tinggi nilainya akan menang. Inilah variasi poker yang paling biasa didapati hari ini:

Draw Poker

Dalam draw poker, semua kad diedarkan dengan muka ke bawah. Kad pemain tidak didedahkan langsung dan semua pemain di meja tidak tahu apa jenis kad-kad yang dipegang oleh pemain lain. Semua kad hanya akan didedahkan pada peringkat Showdown. 

Stud Poker

Dalam Stud poker, sebahagian kad, yang dikenali sebagai kad Hole, diberikan secara sulit. Kad Hole boleh berjumlah satu atau dua. Akan tetapi, kad selanjutnya didedahkan atau diberikan dengan muka menghadap ke atas. Versi Stud poker paling popular adalah 7-Stud poker, di mana pemain mendapat 7 kad, sebahaginnya didedahkan dan sebahagiannya sulit.

Texas Hold’em Poker

Dalam Texas Hold’em, dua kad diedarkan secara muka ke bawah kepada setiap pemain. Kad seterusnya dikenali sebagai kad Flop, Turn dan River yang didedahkan kepada umum dan boleh digunakan oleh mana-mana pemain untuk membuat kombinasi bernilai tertinggi. Texas Hold’em Poker merupakan versi poker yang paling banyak dimainkan dan paling popular.

Poker Tiga Kad

3 Card Poker telah mendapat populariti bukan sahaja kerana ia menyeronokkan untuk bermain tetapi juga kerana peraturannya mudah dipelajari. Poker tiga kad melibatkan bermain menentang peniaga, dan bukan menentang lawan lain. Walau bagaimanapun, keputusan di sini bergantung kepada nasib dan keupayaan untuk bermain.

Omaha Poker

Dalam jenis poker ini juga digunakan kad komuniti. Akan tetapi, di Omaha poker pemain diberi empat kad Hole dan bukannya dua jenis Texas Hold’em. Pemain perlu menggunakan dua kad Hole sendiri dan tiga daripada lima kad komuniti untuk membentuk kombinasi kad yang bernilai tertinggi.

Video Poker

Video poker adalah permainan kasino yang merupakan sintesis poker dengan mesin slot. Permainan ini akan menarik minat peminat mesin slot dan permainan poker, kerana ia menggabungkan kedua-dua jenis ini. Video Poker dimainkan di mesin khas, tanpa penyertaan peniaga. Seorang pemain perlu memukul tangan poker yang menang untuk mendapatkan kemenangan.

Untuk dapat bermain poker video, anda memerlukan kemahiran asas poker, termasuk pengetahuan tentang semua kombinasi poker. Sebilangan besar varian poker video menggunakan tangan poker yang sama. Anda bermain dengan tangan lima kad dan memilih kad mana yang ingin anda ganti untuk mendapatkan tangan terbaik. Baca panduan poker video kami jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai permainan ini

Bermain Poker Wang Sebenar Lawan Poker Percuma

Sudah tentunya poker wang sebenar menawarkan pengalaman yang tidak boleh direplikasi oleh permainan poker jenis percuma. Ini kerana apabila anda bermain wang sebenar, anda melaburkan duit sendiri ke dalam permainan itu, iaitu ke dalam pot. Poker seterusnya tidak lagi menjadi permainan video, dan anda lebih terdorong untuk menang. 

Dalam permainan poker wang sebenar, anda juga berpeluang memenangi duit sebenar. Jadi ianya boleh menjadi ganjaran yang hebat untuk kemahiran permainan anda yang baik. 

Poker percuma pula membolehkan anda berlatih dan mengembangkan kemahiran mereka.Poker adalah permainan yang perlu dialami dalam keadaan yang paling dekat dengan pengalaman yang sebenar. Inilah yang akan membantu anda bertambah baik.

Poker Dunia Sebenar Lawan Poker Dalam Talian

Di dunia sebenar, poker biasanya dimainkan dengan beberapa pemain lain. Bermain poker di kasino sebenar sangat menarik, kerana anda boleh melihat taktik ‘bluff’ atau muslihat yang digunakan oleh pemain lain di sekeliling anda. 

Untuk poker dalam talian, anda tidak dapat melihat riak wajah atau ‘body language’ pemain lain dengan jelas, jadi ianya mungkin sukar jika ini merupakan perkara penting dalam strategi anda.

Akan tetapi, poker dalam talian mempunyai banyak kelebihan juga. Anda berpeluang memilih daripada banyak jenis poker, dan terdapat banyak ruang atau saluran permainan poker yang disediakan.

Kasino dalam talian menawarkan poker, yang dimainkan dengan perisian komputer. Dalam Talian Poker sama sahaja pengalamannya dengan poker dunia sebenar, dengan peluang kemenangan yang sama juga.

Kasino dalam talian juga mempunyai poker versi live yang dikendalikan secara langsung. Pembekal perisian live merakamkan permainan ini dalam studio dan ianya disiarkan terus kepada anda. Oleh itu, semua kad yang anda dapat adalah bergantung sepenuhnya kepada nasib. 

Poker Dalam Talian

Bagaimana Memilih Laman Poker Yang Sesuai

Terdapat beberapa perkara yang perlu diingat semasa memilih laman web kasino dengan poker.

Keselamatan dan kehadiran lesen – Dengan lesen, kasino tersebut menjanjikan bahawa semua proses di kasino tersebut adalah sah dan selamat. 

Kehadiran bonus – Jika bonus di sesuatu kasino adalah lumayan dan boleh digunakan untuk poker, anda bernasib baik. Maka pilihlah kasino dengan bonus kasino yang boleh menyokong anda.

Saluran pembayaran dan pengeluaran – Pilihlah kasino di mana anda boleh membuat deposit dan pengeluaran dengan mudah. Anda harus melihat sama ada terdapat saluran yang terdapat di Malaysia, dan tempoh pemprosesan yang singkat, ingat untuk membayar kaedah pembayaran kasino perhatian lebih.

Jenis poker yang ada – Semakin banyak versi poker yang ada, semakin baik sesuatu kasino itu. Dengan adanya pelbagai versi poker, anda ada pelbagai peluang untuk mencuba strategi anda dan menang.

boda8 casino logo Bonus Selamat Datang 150% Tuntut Bonus
PeringkatCasinoBonusPenilaianLawati
1 boda8 casino logo Bonus Selamat Datang 150% Tuntut BonusUlasan boda8 Kasino

Bermain Poker Atas Telefon Bimbit

Teknologi perisian ap pada hari ini membolehkan anda bermain poker dalam telefon bimbit. Versi mudah alih ini boleh didapati dalam bentuk app kasino serta laman yang boleh dimainkan melalui aplikasi pelayar internet.

Dengan adanya poker mudah alih sebegini, permainan ini menjadi lebih mudah untuk diakses. Ini kerana telefon bimbit lebih murah dan mudah dimiliki berbanding komputer.

Bermain Poker Atas Telefon Bimbit

Tip Poker Untuk Memperbaiki Permainan Anda

Terdapat cara untuk meningkatkan permainan, petua, dan strategi anda untuk bermain poker, tetapi nasihat utama adalah berlatih poker sehingga anda bosan. Tiada tip yang lebih baik daripada pengalaman anda sendiri. Selain itu, anda bolehlah mengikuti panduan berikut:

Jangan bermain semua ‘hand’ anda – Bukan semua hand yang anda dapat boleh menang. Jika anda tidak dapat apa-apa kombinasi baik, ianya lebih menguntungkan jika ‘Fold’ sahaja.

Berani mempertahankan ‘hand’ yang baik– Jika anda mendapat kombinasi yang baik, anda harus berani meningkatkan pertaruhan dalam pot.

Ambil kedudukan paling jauh dari dealer – Ini akan memberikan anda lebih ruang untuk melihat kad dan reaksi pemain lain sebelum membuat keputusan pertaruhan.

Belajar kebarangkalian kad yang boleh didapati – Jika anda pemain yang lebih berpengalaman, anda haruslah belajar kebarangkalian kad, supaya boleh mengagak jenis kad yang didapati pemain lain. 

Poker: Permainan Yang Perlu Dikuasai

Poker adalah permainan kad yang memerlukan pemikiran dan kebijaksanaan anda. Terdapat banyak variasi poker, tetapi semuanya berasaskan prinsip yang sama. Konsep ini adalah di mana pemain dengan kombinasi tangan poker yang terbaik menang. Ianya satu permainan yang tiada tandingan, jadi anda haruslah mula mengorak langkah ke arah menguasai poker hari ini.

Soalan – Soalan Lazim

Texas Hold’em poker adalah poker yang paling banyak dimainkan dalam talian.

Untuk menang dalam poker, anda perlu mendapatkan kombinasi kad atau ‘hand’ yang paling bernilai.

Strategi terbaik untuk menang adalah untuk berlatih dan menimba pengalaman.

Terdapat lebih 15 variasi poker, dengan perbezaan cara dan bilangan kad yang diedarkan kepada pemain, serta kehadiran kad komuniti.

Wang yang anda pertaruhkan dalam pot akan kekal di sana dan diberikan kepada pemenang kelak. Biasanya keputusan ini diambil apabila anda ingin mengurangkan kerugian.

EU9 casino Logo Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM299 Tuntut Bonus
PeringkatCasinoBonusPenilaianLawati
1 EU9 casino Logo Bonus Selamat Datang 100% sehingga RM299 Tuntut BonusUlasan Kasino EU9